Bacaan Rumi dan Arab
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim
(1)
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
(1)
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma‘in
(2)
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلَامَةً فِي الدِّينِ، وَعَافِيَةً فِي الْجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِي الْعِلْمِ، وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
(2)
Allahumma inna nas’aluka salamatan fiddin, wa ‘afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ‘ilmi, wa barakatan fir rizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba‘dal maut
(3)
اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
(3)
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut, wan najata minan nar, wal ‘afwa ‘indal hisab
(4)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا، وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً، إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
(4)
Rabbana la tuzigh qulubana ba‘da iz hadaitana, wa hab lana mil ladunka rahmah, innaka antal Wahhab
(5)
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا، وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
(5)
Rabbana zalamna anfusana, wa il lam taghfir lana wa tarhamna lanakunanna minal khasirin
(6)
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
(6)
Rabbana-ghfir lana wa liwalidaina wa lil mu’minina yauma yaqumul hisab
(7)
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(7)
Rabbana atina fid dunya hasanatan, wa fil akhirati hasanatan, wa qina ‘azaban nar
(8)
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(8)
Wa sollallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallam, walhamdulillahi rabbil ‘alamin
Terjemahan / Maksud
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
(1)
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta ke atas keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
(2)
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, kesihatan pada tubuh badan, pertambahan ilmu, keberkatan dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan keampunan selepas mati.
(3)
Ya Allah, mudahkanlah kami ketika menghadapi sakaratul maut, selamatkanlah kami daripada api neraka dan kurniakanlah keampunan ketika perhitungan.
(4)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.
(5)
Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami termasuk dalam kalangan orang yang rugi.
(6)
Wahai Tuhan kami, ampunilah kami, kedua ibu bapa kami dan orang-orang yang beriman pada hari berlangsungnya perhitungan.
(7)
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka.
(8)
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.