(1) Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku dan aku ialah hamba-Mu. Aku tetap berada di atas perjanjian dan janji-Mu sekadar yang aku mampu. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan segala yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa selain Engkau.