Bacaan Rumi dan Arab
(1)
لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
(1)
Lam yakunil-lazina kafaru min ahlil-kitabi wal-musyrikina munfakkina hatta ta'tiyahumul-bayyinah
(2)
رَسُولٌ مِّنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُّطَهَّرَةً
(2)
Rasulun minallahi yatlu suhufan mutahharah
(3)
فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ
(3)
Fiha kutubun qayyimah
(4)
وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ
(4)
Wa ma tafarraqal-lazina utul-kitaba illa min ba'di ma ja'at-humul-bayyinah
(5)
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
(5)
Wa ma umiru illa liya'budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa'a wa yuqimus-salata wa yu'tuz-zakata wa zalika dinul-qayyimah
(6)
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ أُولَٰئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ
(6)
Innal-lazina kafaru min ahlil-kitabi wal-musyrikina fi nari jahannama khalidina fiha ula'ika hum syarrul-bariyyah
(7)
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
(7)
Innal-lazina amanu wa 'amilus-salihati ula'ika hum khairul-bariyyah
(8)
جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
(8)
Jaza'uhum 'inda rabbihim jannatu 'adnin tajri min tahti-hal-anharu khalidina fiha abada radiyallahu 'anhum wa radu 'anhu zalika liman khasyiya rabbah
Terjemahan / Maksud
(1)
Orang-orang yang kafir daripada Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan berhenti daripada kekufuran mereka sehingga datang kepada mereka bukti yang nyata.
(2)
Iaitu seorang Rasul daripada Allah yang membacakan lembaran-lembaran yang suci.
(3)
Yang mengandungi kandungan kitab-kitab yang benar dan lurus.
(4)
Dan orang-orang yang telah diberikan Kitab tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata.
(5)
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, dalam keadaan tetap teguh di atas agama yang lurus, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Itulah agama yang benar.
(6)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir daripada Ahli Kitab dan orang-orang musyrik akan berada dalam neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
(7)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(8)
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka juga reda kepada-Nya. Itulah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya.